Home » 127 anak Johor bakal melanjutkan pengajian di Universiti Al Azhar Mesir Sesi 2018.

127 anak Johor bakal melanjutkan pengajian di Universiti Al Azhar Mesir Sesi 2018.

2 April 2018 – Seramai 127 orang pelajar yang merupakan anak-anak negeri Johor diraikan dalam satu Majlis Amanat YAB Menteri Besar Johor Dan Penyampaian Sumbangan MAINJ akan berikutan kejayaan mereka melanjutkan pengajian ke Universiti Al Azhar Mesir.

Majlis diserikan dengan kehadiran wakil rasmi YAB Menteri Besar Johor iaitu Prof Madya Dr. Abdul Razak Ahmad, Penasihat Khas YAB Menteri Besar Johor. Selain itu Majlis turut dihadiri oleh Sohibus Samahah Mufti Negeri Johor, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor dan Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ.

Selain menyampaikan amanat dan beberapa taklimat persediaan Ke Mesir, MAINJ juga menyerahkan sumbangan sebanyak RM 254,000.00 bagi tiket penerbangan sehala ke Mesir untuk kesemua pelajar.

Foto Majlis Agama Islam Johor.
Foto Majlis Agama Islam Johor.
Foto Majlis Agama Islam Johor.
Foto Majlis Agama Islam Johor.
Foto Majlis Agama Islam Johor.
Foto Majlis Agama Islam Johor.

Foto Majlis Agama Islam Johor.
Foto Majlis Agama Islam Johor.
Foto Majlis Agama Islam Johor.

Foto Majlis Agama Islam Johor.