Home » 10,000 asnaf zakat Negeri Johor terima perlindungan takaful.

10,000 asnaf zakat Negeri Johor terima perlindungan takaful.

26 April 2018 – YAB Dato’ Hj Mohamad Khaled bin Hj Nordin, Menteri Besar Johor hari ini melancarkan Skim Perlindungan Takaful Rakyat Johor yang merangkumi lebih 15,000 penerima manfaat takaful dari golongan kurang berkemampuan meliputi 10,000 asnaf zakat MAINJ dan 5,724 penerima bantuan am di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Manfaat diterima menerusi skim ini ialah perlindungan kematian biasa hingga RM20,000, kematian akibat kemalangan (hingga RM20,000), keilatan kekal menyeluruh akibat kemalangan (hingga RM20,000) dan keilatan kekal separa (hingga RM20,000).

Selain itu, peserta akan menerima elaun hospital sebanyak RM15 sehari, perlindungan 36 penyakit kritikal hingga RM20,000, manfaat khairat kematian RM2,000 serta manfaat ihsan pasangan sebab kematian peserta RM2,000 dan setiap anak RM1,000.

Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) juga bersedia memberi kemudahan rawatan bawah skim perlindungan ini kepada asnaf dan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan perbelanjaan hingga RM20,000

Inisiatif ini merupakan usaha Kerajaan Negeri melalui MAINJ bagi membolehkan asnaf zakat menerima manfaat yang lebih melalui hasil wang zakat yang dipungut dari masyarakat Islam di Johor.

Foto Majlis Agama Islam Johor.
Foto Majlis Agama Islam Johor.
Foto Majlis Agama Islam Johor.
Foto Majlis Agama Islam Johor.