Home » Makluman Penutupan sementara Kaunter UTC MAIJ

Makluman Penutupan sementara Kaunter UTC MAIJ

Adalah dimaklumkan bahawa seperti pengumunan YBhg. Tan Sri Ketua
Setiausaha Negara, Kerajaan telah menetapkan bahawa hari Khamis dan
Jumaat, 10 dan 11 Mei ialah hari kelepasan am tambahan seluruh negara
sempena Pilihan Raya Umum ke-14. Bagi negeri-negeri yang menjadikan hari
Jumaat dan Sabtu sebagai hari kelepasan mingguan, maka hari Ahad, 13 Mei
2018 ditetapkan sebagai hari kelepasan am tambahan. Sebagai langkah
penyelarasan, semua Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh negara
akan menutup operasi bermula dari 10 Mei 2018 (Khamis) sehingga 13 Mei
2018 (Ahad). Semua UTC akan beroperasi seperti biasa pada 14 Mei 2018.