Home » Skim Bantuan Pakaian Sekolah MAIJ 2019

Skim Bantuan Pakaian Sekolah MAIJ 2019

Adalah dimaklumkan bahawa Bantuan Pakaian Sekolah merupakan salah satu skim bantuan pelajaran yang disediakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor kepada pelajar yang kurang berkemampuan di negeri Johor.

Makluman kepada pentadbiran sekolah, syarat dan kelayakan pelajar hendaklah dipatuhi sebagaimana berikut :

Syarat dan kelayakan pelajar :

  1. Warga negara Malaysia
  2. Anak kelahiran Johor dan menetap di dalam negeri Johor
  3. Bermaustatin di dalam negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun
  4. Pendapatan ibu bapa / penjaga tidak melebihi RM1,000 beserta 3 orang tanggungan.

Tarikh permohonan dan penyerahan senarai nama :

  1. Permohonan : 21 Mei 2018 – 7 Jun 2018
  2. Penyerahan senarai nama : 10 hingga 14 Jun 2018

Kaedah dan Proses Permohonan :

  1. Semua permohonan melalui Sistem Bantuan Pakaian Sekolah di laman web www.maij.gov.my
  2. Lampiran permohonan yang lengkap (dicetak daripada laman web beserta salinan slip gaji atau pengesahan pendapatan penjaga/ibubapa) hendaklah dihantar ke MAIJ daerah dalam tempoh 1 minggu selepas permohonan ditutup (10 hingga 14 Jun 2018). Sekiranya melebihi tarikh yang ditetapkan makan permohonan akan ditolak.

Manual Pengguna Sistem Bantuan Pakaian Sekolah MAIJ