Home » Info Wakaf : Kutipan Terkini Saham Wakaf Johor (Wakaf Bangunan Asrama Jordan)

Info Wakaf : Kutipan Terkini Saham Wakaf Johor (Wakaf Bangunan Asrama Jordan)

Bangunan asrama pelajar ini adalah merupakan projek bangunan wakaf yang pertama di negara Jordan untuk pelajar-pelajar Johor yang melanjutkan pengajian mereka dalam bidang Agama dan bidang Perubatan.

Majlis Agama Islam Negeri Johor mengambil langkah proaktif bagi merealisasikan hasrat ini memandangkan terdapatnya masalah kewangan pelajar serta kos sewa rumah yang semakin meningkat dari tahun ke tahun yang perlu ditanggung oleh pelajar-pelajar Johor di Jordan.

Kos bagi Bangunan Wakaf Asrama Pelajar di Jordan ini adalah sebanyak RM 10,000,000.00 juta ( Ringgit Malaysia Sepuluh Juta Sahaja)

Cara Untuk Berwakaf Boleh Melalui online di www.e-wakafjohor.gov.my

atau

bank in ke akaun MayBank
5510 1669 4458
Majlis Agama Islam Negeri Johor

Bank Islam 01014010059989
Saham Wakaf Johor

*Slip bank pembayaran wakaf diminta untuk emailkan kepada kami di
“sahamwakafj@gmail.com ” untuk tujuan rekod dan resit rasmi.

BAKI KUTIPAN TERKINI BAGI WAKAF BANGUNAN ASRAMA JORDAN

RM 2,020,550