Home » MAINJ turun padang di Kampung Sungai Nibong Batu Pahat

MAINJ turun padang di Kampung Sungai Nibong Batu Pahat

16 Ogos 2018 – Lebih 400 penduduk dari Kg Sg Nibong Batu Pahat dan sekitarnya hadir menjayakan Program Menyantuni Masyarakat Kg Sg Nibong yang dipenuhi pelbagai pengisian bermanfaat untuk masyarakat setempat. Ianya adalah salah satu usaha mendekatkan MAINJ dengan masyarakat melalui pengenalan peranan dan aktiviti MAINJ itu sendiri.

Pengisian Program

  • bacaan tahlil,
  • tazkirah,
  • gotong royong membersih tapak kubur,
  • kursus pengurusan jenazah,
  • ziarah asnaf fakir miskin,
  • sumbangan fidyah kepada 130 fakir miskin,
  • kaunter pemeriksaan kesihatan,
  • kaunter wakaf

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Tuan Hj Abdul ‘Alim bin And Shukur, wakil ADUN Semerah, Kadi Daerah Batu Pahat & Penghulu Mukim.

insaniah