Home » Program Tadarus & Khatam Al Quran Peringkat Daerah Mersing

Program Tadarus & Khatam Al Quran Peringkat Daerah Mersing

26hb. Ogos 2018 – Usaha berterusan dalam membudayakan pembacaan dan penghayatan Al Quran bukan hanya di bulan Ramadan, MAINJ mengambil pendekatan mengadakan Program Tadarus Dan Khatam Al Quran ini di setiap daerah dengan penglibatan agensi kerajaan, pemimpin masyarakat, pelajar dan asnaf penerima Zakat itu sendiri .

Lebih 300 peserta dari seluruh Daerah Mersing telah hadir pada pagi ini termasuk lebih 100 asnaf penerima bantuan Zakat dalam satu Majlis yang dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ. Hadir sama Pengetua Maktab Rendah Sains MARA Mersing, Amin Baitulmal (Kadi) Daerah Mersing dan Wakil Rasmi Pegawai Daerah Mersing.


tadarus