Home » Majlis pelancaran & premis industri milik Majlis Agama Islam Negeri Johor

Majlis pelancaran & premis industri milik Majlis Agama Islam Negeri Johor

27 September 2018 (Khamis) – Majlis pelancaran & promosi premis industri milik Majlis Agama Islam Negeri Johor yang telah disempurnakan perasmiannya oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ .

Majlis telah diadakan di Johor Halal Park, Jalan Kong Kong, Pasir Gudang. Majlis telah dimulai dengan bacaan tahlil ringkas . Untuk makluman terdapat 3 jenis premis industri yang telah dilancarkan iaitu :

i) 2 unit kilang semi-D ( 15,092 k,p )
ii) 4 unit kilang kluster ( 5,693 k,p )
iii)5 unit rumah kedai ( 2,776 k,p )

Hadir sama pada majlis tersebut, YB SS Dato’ Mufti Negeri Johor selaku Pengerusi JK Baitulmal Negeri Johor, turut diundang wakil daripada badan kebajikan saudara kita bagi membuka peluang kepada golongan muallaf untuk menempati premis tersebut .

InShaAllah, Premis ini bakal di buka bagi tujuan sewaan dalam masa terdekat .

Turut dirai seramai 15 golongan asnaf setempat yang masing-masing menerima sumbangan keperluan asas makanan & wang tunai .