Home » Seminar Zakat Pertanian bersama Pengusaha Tanaman Padi dan Pertanian

Seminar Zakat Pertanian bersama Pengusaha Tanaman Padi dan Pertanian

16 Disember 2018 – Program seminar Zakat Pertanian bersama Pengusaha Tanaman Padi dan Pertanian telah diadakan di Dewan Homestay Anjung Sawah, Kampung Sawah Ring, Tangkak. Program Ini merupakan seminar kerjasama antara Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dengan Pertubuhan Peladang Kawasan Daerah Tangkak.

Seminar tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh Tuan Haji Mohd Azman bin Haji Mohsin, Ketua Penolong Pengarah Zakat, Wakaf dan Baitulmal MAINJ .