Home » #DoaUntukPasirGudang

#DoaUntukPasirGudang

Seluruh warga MAINJ turut berdukacita terhadap insiden pencemaran udara di Pasir Gudang, Johor Darul Ta’zim. Doa kami agar mangsa yang terlibat, kembali pulih dan selamat hendaknya. Amin..

#DoaUntukPasirGudang

Doa buat Anak-anak pesakit keracunan di kawasan Pasir Gudang

بسم الله الرحمن الرحیم
اللهم رب الناس. اذهب البأس. اشف انت الشافي لا شفاء الا شفأوك شفاء لا يغادر الما ولا سقما. نسأل الله العظيم. رب العرش العظيم ان يشفيهم.

بسم الله الشافي. اللهم اشف عبدك وصدق رسولك صلى الله عليه وسلم. ربنا الله الذي فى السماء. تقدس اسمك. امرك فى السماء والارض. كما رحمتك فى السماء فاجعل رحمتك فى الارض. انزل رحمة من رحمتك. واشف من شفاءك على هذا الوجع.

بسم الله ارقيهم من كل داء يؤذيهم. من شر كل نفس. أو عين حاسد. الله يشفيهم بسم الله أرقيهم. بسم الله نعوذ بعزة الله وقدرته. من شر ما تجد وتحاذر.

نعوذ بكلمات الله التامات من غضبه وعقابه. ومن شر عباده. ومن همزات الشيطان ان يحضرون.

ربنا اتنا فى الدنيا حسنة وفى الاخرة حسنة وقنا عذاب النار. وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم. والحمد لله رب العالمين.

Ya Allah Engkaulah Tuhan yang menyembuhkan segala penyakit. Sembuhkanlah mereka yang terhidu racun di Pasir Gudang dengan kesembuhan yang tidak menimbulkan sebarang kesakitan dan kesan sampingan.

Ya Allah. Engkaulah Tuhan pencipta manusia. Hilangkanlah kesakitan mereka. Sembuhkanlah mereka kerana Engkaulah sahaja yang mampu menyembuhkan.

Tidak ada kesembuhan kecuali Engkau sahaja yang menyembuhkan.

Kami bermohon kepada Allah yang Maha Agung. Tuhan pencipta Arasy yang agung. Semoga memberi kesembuhan kepada mereka semua.

Dengan nama Allah yang memberi kesembuhan. Sembuhkanlah mereka yang terhidu racun semua.

Benarlah apa yang dibawa oleh RasulMu saw.
Wahai Tuhan kami yang menciptakan langit. Maha suci nama
Mu. Engkau mengurus langit dan bumi. Sebagaimana rahmatMu kepada makhluk di langit maka jadikanlah rahmatMu di muka bumi ini.

Turunkanlah rahmat daripada rahmatMu.sembuhkanlah mereka semua dengan kesembuhanmu ke atas pesakit yang mengalami kesakitan ini.

Dengan nama Allah ubatilah mereka daripada segala penyakit yang menyakiti mereka, daripada segala runtunan nafsu atau orang yang hasad dengki. Ya Allah sembuhkanlah mereka dengan nama Allah ubatilah mereka.

Dengan nama Allah kami berlindung dengan keagungan Allah dan kekuasaannya daripada kejahatan yang menimpa mereka dan kejahatan yang mereka elakkan daripada menimpa diri mereka.

Kami berlindung dengan kalimah- kalimah Allah yang sempurna daripada kemurkaannya dan azab siksanya. Dan daripada kejahatan hamba-hambanya. Dan daripada hasutan syaitan-syaitan supaya tidak menghampiri kami.

Ya Allah kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkanlah kami daripada api neraka.

Amin.