Home » MAINJ mengagihkan 200 bungkusan makanan kepada waris mangsa pembuangan sisa toksik di Bilik Gerakan Hospital Sultan Ismail (HSI).

MAINJ mengagihkan 200 bungkusan makanan kepada waris mangsa pembuangan sisa toksik di Bilik Gerakan Hospital Sultan Ismail (HSI).

13 Mac 2019 – MAINJ mengagihkan 200 bungkusan makanan kepada waris mangsa pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim Pasir Gudang semalam di Bilik Gerakan Hospital Sultan Ismail (HSI). Ianya bagi meringankan beban ahli keluarga yang berada di hospital menunggu ahli keluarga yang sedang mendapatkan rawatan. Turut hadir bersama Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ Tuan Haji Mohd Noh Bin Ibrahim dan Ahli Majlis MAINJ Dato’ Haji M.Tahrir Bin Dato’ Kiyai Haji Samsudin.