Home » Lawatan kerja dan penyerahan sumbangan bantuan kepada pelajar terjejas pencemaran sisa bahan kimia

Lawatan kerja dan penyerahan sumbangan bantuan kepada pelajar terjejas pencemaran sisa bahan kimia

7 April 2019 – Lawatan kerja dan penyerahan sumbangan bantuan kepada pelajar terjejas pencemaran sisa bahan kimia di Sekolah Agama Taman Pasir Putih, Pasir Gudang. Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil, penerangan kronologi pencemaran sisa bahan kimia oleh Guru Besar Sekolah Agama Taman Pasir Putih dan ucapan oleh YB Dato’ (Dr) Hj Noh bin Gadot, Penasihat MAINJ. Sumbangan diberikan kepada 5 orang guru dan juga 15 pelajar yang terlibat.

Turut hadir bersama ialah YB Sohibus Samahah Dato’ Hj Yahya bin Ahmad, Mufti Negeri Johor, YB Dato’ Hj Mohd Noh bin Ibrahim, KPE MAINJ dan YB Dato’ Hj Md Rofiki bin Dato’ Hj A Samsudin, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor.