Home » Taklimat dan Bengkel Amil Agihan Zakat MAINJ Sesi 2019-2021.

Taklimat dan Bengkel Amil Agihan Zakat MAINJ Sesi 2019-2021.

9 April 2019 – Bertempat di Masjid Kota Iskandar seramai 72 orang amil agihan zakat dari seluruh negeri Johor menyertai program ini. Perlantikan amil agihan zakat bagi sesi yang baharu ini diharap akan lebih berperanan membantu asnaf di kawasan masing- masing yang memerlukan pembelaan seterusnya mengelakkan daripada keciciran menerima bantuan zakat.

Acara :

  • Taklimat Prosedur Bantuan Zakat
  • Tanggungjawab Amil Agihan Zakat
  • Penyerahan Tauliah Dan Kad Kuasa
  • Bengkel Penyediaan Laporan Bantuan

Perasmian majlis telah disempurnakan YB Dato’ Hj. Mohd Noh Bin Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ.