Home » Kembara Mahkota 2019

Kembara Mahkota 2019

Sekali lagi Kerajaan Negeri Johor membawakan anda acara tahunan Kembara Mahkota Johor 2019 yang bakal membuka tirai pada 20 Julai 2019 ini.

Konvoi DiRaja yang diketuai oleh DYMM Sultan Johor akan menjelajah 10 daerah negeri Johor bermula pada 20 hingga 22 Julai 2019.


Mulai 2001, MAIJ terlibat secara langsung dengan Program Kembara Mahkota Johor  melalui penyampaian bantuan zakat kepada asnaf yang berkelayakan dan disempurnakan oleh D.Y.A.M Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Melalui program penyampaian bantuan ini, MAIJ juga dapat mendekati masyarakat dengan lebih dekat dan seterusnya memaparkan peranan MAIJ sebagai agensi bertanggungjawab terhadap agihan zakat.

Kembara Mahkota Johor 2019 bermula 20 hingga 22 Julai 2019

kmj kmj