Home » Lawatan kerja Rasmi ke Pusat Perlindungan Wanita (PPW)

Lawatan kerja Rasmi ke Pusat Perlindungan Wanita (PPW)

JOHOR BAHRU: Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian Dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Johor, YB Tuan Haji Tosrin Jarvanthi mengadakan lawatan kerja rasmi ke Pusat Perlindungan Wanita (PPW), yang beroperasi di Taman Perling di sini hari ini.

Beliau diberi penerangan mengenai PPW oleh Penolong Pegawai Wakaf Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Ustaz Mohd Rilizam Rosli.

Rilizam berkata, pusat perlindungan ini menyediakan ruang transit sementara untuk remaja terlanjur dan setakat ini, PPW berjaya menyelamatkan lebih 150 wanita terlanjur dengan penjagaan rapi sehingga mereka selamat bersalin. “Pusat perlindungan ini hanya boleh menampung 19 orang pelatih sahaja”, katanya.

Semasa sesi bertemu pelatih, Tuan Haji Tosrin Jarvanti berkata, semua pihak terutama keluarga dapat memberi sokongan kepada remaja yang hamil anak luar nikah, bukannya meminggirkan mereka. “Golongan ini masih muda dan memerlukan sokongan keluarga, komuniti selain pusat kebajikan seperti pusat perlindungan seperti ini yang memberi pengisian agama kepada mereka,” katanya.

PPW di bawah seliaan MAINJ mula beroperasi pada 7 Februari 2011 ditubuhkan sebagai tempat perlindungan sementara bagi wanita yang terlibat dengan gejala sosial, penderaan dan mengandung tanpa nikah.

PPW menyediakan perkhidmatan didikan agama dan bimbingan kerohanian kepada mereka untuk kembali ke pangkal jalan serta menyediakan aktiviti kemahiran sebagai persediaan selepas tamat tempoh menghuni.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Dato’ Haji Mohd Noh Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan MAINJ, Encik Khirul Nizam Mat Said dan Ketua Penolong Pengarah Zakat, Baitulmal dan Wakaf, Tuan Haji Mohd Azman Mohsin.