Home » Aktiviti :Program Insaniah Kemasyarakatan bertemakan “Harapan Asnaf Dengan Zakat”

Aktiviti :Program Insaniah Kemasyarakatan bertemakan “Harapan Asnaf Dengan Zakat”

PONTIAN: 8 Oktober 2019, Banyak pihak melihat gotong-royong sebagai satu program membersihkan kawasan semata-mata, tetapi lebih daripada itu ia juga salah satu platform mewujudkan keharmonian masyarakat menerusi pendekatan bersama dalam apa juga aktiviti setempat. Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dengan kerjasama MAINJ daerah Pontian menganjurkan Program Insaniah Kemasyarakatan bertemakan “Harapan Asnaf Dengan Zakat” di Penerok di sini hari ini.

Lebih 100 orang kakitangan MAINJ dan penduduk setempat terbabit dengan aktiviti gotong-royong membersih Kawasan, mengecat rumah asnaf, menukar tikar getah dan memberi sumbangan bantuan kepada asnaf fakir dan miskin. Program disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian Dan Pembangunan Luar Bandar, YB Tuan Haji Tosrin Jarvanthi, hadir sama Ketua Penolong Pengarah Khidmat pengurusan MAINJ, Encik Khirul Nizam Mat Said, Ketua Penolong Pengarah Zakat Baitulmal Dan Wakaf MAINJ, Tuan Haji Mohd Azman Mohsin, Kadi Daerah Pontian, As Sheikh Haji Mohamad Khalil bin Md. Noor.

insaniah