Home » Aktiviti: Operasi Jejak Niaga di Pasar Tani

Aktiviti: Operasi Jejak Niaga di Pasar Tani

KLUANG: Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Bahagian Pungutan Zakat dengan kerjasama MAINJ daerah Kluang melebarkan operasi Jejak Niaga di Pasar Tani Kampung Melayu Kluang. Pasar Tani ini terletak di pusat bandar Kluang dan berhadapan Perhentian Pengangkutan Awam Daerah yang Menjadi tempat tumpuan masyarakat Kluang untuk mendapatkan bekalan barangan keperluan pada setiap hari Isnin pagi. Ini merupakan lokasi pertama Program Jejak Niaga di adakan di daerah ini.

Program berkonsepkan satu peniaga satu ‘flyers’ ini, dapat memberi peluang kepada peniaga-peniaga untuk mengetahui lebih lanjut kewajipan berzakat adalah sama seperti kewajipan menunaikan ibadah solat.