Home » Info Wakaf: Wakaf Masjid di Kemboja

Info Wakaf: Wakaf Masjid di Kemboja

Negara Kemboja mempunyai keluasan 181,035 kilometer persegi dengan jumlah penduduk seramai juta orang serta merupakan Negara ke-69 paling ramai penduduk di dunia. Kira โ€“ kira 93 peratus penduduk kemboja menganut agama rasmi iaitu agama Budha, manakala penganut agama Islam hanyalah kira-kira 5% (800,000 orang). Rata-rata penduduk Islam di Negara ini hanya bekerja sebagai nelayan dan petani dengan pendapatan purata tidak melebihi RM 500 sebulan.

Justeru umat Islam di Negara ini sangat memerlukan bantuan dari Negara luar dalam usaha mengukuhkan syiar Islam. Sehingga kini lebih kurang 500 buah masjid telah dibina di Negara ini yang mana hampir keseluruhan dibiyayai melalui sumbangan dari negeri luar. Pihak โ€œCambodian Muslim Intellectual Allianceโ€ telah memajukan permohonan kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor bagi mengutip wakaf untuk membina sebuah masjid di Negara ini.

Kos bagi tujuan pembinaan ini dianggarkan berjumlah RM 3, 000,000 (Ringgit Malaysia Tiga Juta). Oleh itu marilah kita bersama-sama mewakafkan Masjid di Kemboja ini menerusi konsep Saham Wakaf bagi manfaat umat Islam di Kemboja.

Ayuh sertai kami !!!

๐Ÿƒ๐ŸŒธ๐Ÿƒ๐ŸŒธ๐Ÿƒ๐ŸŒธ๐Ÿƒ๐ŸŒธ๐Ÿƒ๐ŸŒธ๐Ÿƒ

๐Ÿ“Cara Untuk Berwakaf

๐Ÿ”น Boleh Melalui online di www.e-wakafjohor.gov.my

๐Ÿ”นBank Islam | 01014010059989 | Saham Wakaf Johor

 

Sumber Info FB e-wakafjohor