Home » Info: BANTUAN DAN SUMBANGAN COVID-19 MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) 18 MAC 2020 HINGGA 31 MAC 2020

Info: BANTUAN DAN SUMBANGAN COVID-19 MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) 18 MAC 2020 HINGGA 31 MAC 2020

Majlis Agama Islam Negeri Johor telah memutuskan bagi menyalurkan bantuan kepada mereka yang ditimpa musibah COVID-19 sama ada yang terjejas secara langsung atau tidak langsung di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan oleh Kerajaan Malaysia bermula daripada 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020.

Semua permohonan hendaklah disalurkan melalui Ketua Kampung dan Penghulu di kawasan masing-masing dan diselaraskan di Urusetia Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah.
Sila memberi kerjasama dengan memberikan maklumat berikut:
1. Salinan kad pengenalan ketua keluarga / individu terlibat.
2. Alamat terkini.

Penerima barang keperluan asas akan disalurkan melalui Urusetia Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah seberapa segera yang mungkin.