Home » Sumbangan bantuan kepada Pesakit Covid-19 yang telah sembuh

Sumbangan bantuan kepada Pesakit Covid-19 yang telah sembuh

KULAI: Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, YB Tuan Haji Tosrin Jarvanthi menyerahkan sumbangan Bantuan Majlis Agama Islam Negeri Johor sebanyak RM1000.00 dan sumbangan Kerajaan Negeri Johor sebanyak RM1000.00 kepada dua Pesakit Covid-19 yang telah sembuh di Pusat Kuarantin di daerah ini.

Sumbangan ini bagi meringankan beban pesakit, hadir sama dalam sesi penyerahan, Pegawai Daerah Kulai, Tuan Haji Mohd Radzi Mohd Amin, Amin Baitulmal MAINJ Daerah Kulai, Ustaz Luqmanul Hakim AB Rahman, Kadi Daerah, As-syeikh Tuan Haji Amir Mohd Noor serta Pegawai Kesihatan Daerah Kulai.