Home » KETETAPAN HARGA FITRAH BAGI NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM TAHUN 1441H / 2020M

KETETAPAN HARGA FITRAH BAGI NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM TAHUN 1441H / 2020M

KETETAPAN HARGA FITRAH BAGI NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM TAHUN 1441H / 2020M

Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor setelah disahkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, telah menetapkan kadar Zakat Fitrah bagi tahun 1441H bersamaan 2020M pada dua kadar harga RM 7.00 (Tujuh Ringgit Sahaja) dan RM10.00 (Sepuluh Ringgit Sahaja).

i. RM 7.00

Umat Islam di negeri Johor yang menjadikan makanan hariannya beras daripada jenis Super Tempatan.

ii. RM 10.00

Umat Islam di negeri Johor yang menjadikan makanan hariannya beras selain daripada jenis Super Tempatan (Beras Import) seperti Beras Wangi, Beras Basmathi dan lain-lain.

Bagi memenuhi keperluan masyarakat menunaikan ibadah zakat fitrah di dalam bulan Ramadan termasuk dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), MAINJ telah menetapkan kaedah pembayaran adalah melalui atas talian (ONLINE) sahaja.

Untuk kaedah bayaran zakat fitrah melalui atas talian, MAINJ menyediakan kemudahan seperti berikut:

Zakat Johor Online Payment
https://epayment.maij.gov.my/

Fastpay
http://fitrah.maij.gov.my/

Johor Online Payment (JOP).
https://onlinepayment.johor.gov.my/

SnapNPay
https://snapnpay.my/pay/JHRFITRAH/zakatfitrah/

Muat turun Aplikasi SnapNPay

Waktu operasi: bermula 1 Ramadan 1441H sehingga 8.00 pagi 1 Syawal 1441H

Caj bank sebanyak RM 0.50 dikenakan kepada pemegang akaun untuk pembayaran melalui FPX selain daripada harga zakat fitrah bagi setiap transaksi bayaran.

TERIMA KASIH
“Pembayaran awal digalakkan bagi mengelak kesesakan capaian ONLINE disaat akhir”

Setelah mendapat pandangan dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) -TIADA BAYARAN ZAKAT FITRAH MELALUI AMIL FITRAH-

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR

Zakat Johor Online Payment