Home » Salam Nuzul Al-Quran

Salam Nuzul Al-Quran

Peristiwa Nuzul Al-Quran memberi makna yang amat besar kepada umat Islam di sepanjang zaman. Al-Quran adalah sumber hidayah, rahmat, syifa’ (penawar) dan pemberi penjelasan kepada manusia. Al-Quran juga dikenali sebagai an-Nur (cahaya) yang menerangi dan Al-Furqan (yang dapat membezakan) di antara yang hak dan batil.

Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah, ayat 185 yang bermaksud:

“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Qur’an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan perbezaan (antara yang benar dan yang salah)”.