Home » Skim Bantuan Yuran Pendaftaran IPT Dalam Negara Sesi 2020 (Siri 1)

Skim Bantuan Yuran Pendaftaran IPT Dalam Negara Sesi 2020 (Siri 1)

Makluman, Skim Bantuan Yuran Pendaftaran IPT Dalam Negara Sesi 2020 (Siri 1) dibuka bermula
15 Jun 2020 Hingga 14 Julai 2020

Syarat dan kelayakan pelajar

  1. Warganegara Malaysia,
  2. Anak kelahiran Johor dan menetap di dalam Negeri Johor,
  3. Bermaustatin di dalam Negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun,
  4. Mendapat surat tawaran Institusi Pengajian Tinggi Tempatan,
  5. Pendapatan perkapita tidak melebihi RM500 setiap tanggungan.

Peringkat pengajian :

  1. Sijil semester pertama,
  2. Diploma semester pertama,
  3. Ijazah Sarjana Muda Semester pertama,

Kadar Bantuan :

  • Sijil : RM300
  • Diploma : RM500
  • Ijazah Pertama : RM1,000

Kaedah dan Proses Permohonan :

  1. Semua permohonan melalui sistem permohonan IPT Online di eMAIJ
  2. Lampiran permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke MAIJ daerah dalam tempoh
    2 MINGGU SELEPAS PERMOHONAN DITUTUP. Sekiranya melebihi tarikh ditetapkan permohonan akan ditolak.
  3. MAIJ daerah akan membuat tapisan mengikut syarat.

Klik ↓

Manual Pengguna sistem Bantuan Yuran Pendaftaran IPT

Makluman :
Slip sebagai rujukan permohonan perlu dilampirkan untuk proses selanjutnya di Kaunter MAIJ daerah.
* Sila hadir ke Pejabat Majlis Agama Islam Daerah berhampiran mengikut alamat yang telah didaftarkan.