Home » Skim Bantuan Yuran Pendaftaran IPT Dalam Negara Sesi 2020 (Siri 2)

Skim Bantuan Yuran Pendaftaran IPT Dalam Negara Sesi 2020 (Siri 2)

Makluman,

Skim Bantuan Yuran Pendaftaran IPT Dalam Negara Sesi 2020 (Siri 2) dibuka bermula 1 September 2020 Hingga 30 September 2020

Syarat dan kelayakan pelajar :

  • Warganegara Malaysia,
  • Anak kelahiran Johor dan menetap di dalam Negeri Johor,
  • Bermaustatin di dalam Negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun,
  • Mendapat surat tawaran Institusi Pengajian Tinggi Tempatan,
  • Pendapatan perkapita tidak melebihi RM500 setiap tanggungan.

Peringkat pengajian :

  • Sijil semester pertama,
  • Diploma semester pertama,
  • Ijazah Sarjana Muda Semester pertama

Kadar Bantuan :

  • Sijil : RM300
  • Diploma : RM500
  • Ijazah Pertama : RM1,000

Kaedah dan Proses Permohonan :

  • Semua permohonan melalui sistem permohonan IPT Online di eMAIJ
  • Lampiran permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke MAIJ daerah. Sekiranya melebihi tarikh ditetapkan permohonan akan ditolak.
  • MAIJ daerah akan membuat tapisan mengikut syarat.

 

Makluman :
Slip sebagai rujukan permohonan perlu dilampirkan untuk proses selanjutnya di Kaunter MAIJ daerah.
* Sila hadir ke Pejabat Majlis Agama Islam Daerah berhampiran mengikut alamat yang telah didaftarkan.

Klik ↓

Manual pengguna permohonan bantuan IPT