Home » Program menyantuni masyarakat orang asli Tewowoh dan Peta, Mersing.

Program menyantuni masyarakat orang asli Tewowoh dan Peta, Mersing.

Program menyantuni masyarakat orang asli dengan kerjasama Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Negeri Johor di Perkampungan Orang Asli Tewowoh dan Peta, Mersing.

Antara sumbangan yang disampaikan:

1. Satu tan± beras
2. Dua van Pakaian terpakai hasil derma dari masyarakat
3. Kasut dewasa dan kanak-kanak
4. Mainan kanak-kanak
5. Barangan keperluan seperti penyapu, penyodok sampah dan sabun

Selain itu melalui wang ZAKAT pihak MAINJ membina baru 3 unit rumah di Kampung Tewowoh dan 5 unit rumah di Kampung Peta.

-TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT-