Home » Petikan Akhbar: MAIJ sumbang RM10,000 untuk Rumah Bakti Murni 2

Petikan Akhbar: MAIJ sumbang RM10,000 untuk Rumah Bakti Murni 2

MUSTAFA Omar (dua dari kiri) menyampaikan replika cek kepada Norzaimah Bidin dalam Program Ziarah Kasih di Rumah Bakti Murni 2, Pusat Jagaan Warga Emas Kampung Dato’ Seri Amar Diraja, Muar, Johor, semalam Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20130305/wj_06/MAINJ-sumbang-RM10,000-untuk-Rumah-Bakti-Murni-2#ixzz2McwTdbEH © Utusan Melayu (M) Bhd

 

MUAR 4 Mac – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menghulurkan bantuan sebanyak RM10,000 kepada Rumah Bakti Murni 2, Pusat Jagaan Warga Emas di Kampung Dato’ Seri Amar Diraja di sini.

Ketua Penolong Pengarah Zakat Baitulmal dan Wakaf MAINJ, Mustafa Omar berkata, bantuan tersebut meliputi wang tunai RM5,000 dan barangan bernilai RM5,000 seperti lampin pakai buang dan kerusi roda.

Menurutnya, bantuan itu bertujuan meringankan beban penghuni dan pengusaha pusat jagaan berkenaan.

“MAINJ begitu peka dengan keperluan masyarakat terutama membabitkan warga emas dan bantuan yang dihulurkan adalah hasil kutipan zakat.
Sumber:
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20130305/wj_06/MAINJ-sumbang-RM10,000-untuk-Rumah-Bakti-Murni-2#ixzz2McwIpj8E
© Utusan Melayu (M) Bhd