SKIM INFAQ – PEMBAYARAN ZAKAT MELALUI POTONGAN GAJI

FAEDAH MENGGUNAKAN KEMUDAHAN PEMBAYARAN ZAKAT MELALUI POTONGAN GAJI
  • Menjimatkan masa tanpa perlu hadir ke kaunter pembayaran zakat
  • Mendapat rebet bagi tolakan cukai pendapatan individu
  • Meringankan bebanan dengan bayaran zakat secara bayaran bulanan
  • Mengelakkan daripada terlepas menunaikan zakat pada waktunya
Jadual (kaedah 3) Potongan Cukai Bulanan
  • Jadual ini mula berkuatkuasa pada Januari 2000 iaitu sehubungan dengan semua saraan yang dibayar dalam bulan tersebut bagi membantu majikan membuat Potongan Cukai Berjadual (PCB)
  • Majikan boleh meremitkan potongan zakat kepada pihak berkuasa zakat selain daripada membayar potongan cukai bulanan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
  • Pelarasan boleh dibuat dengan mengambil kira jumlah zakat dan mengurangkan jumlah PCB yang dikenakan bagi setiap bulan
  • Ini bermakna potongan zakat boleh diambil daripada potongan PCB dan tidak melibatkan potongan tambahan dari pendapatan yang diterima setiap bulan
  • Bagi mereka yang tidak dikenakan PCB tetapi ingin membuat bayaran zakat melalui potongan gaji juga boleh menggunakan kemudahan ini
Contoh 1 : Gaji Bulan Januari 2004
Potongan PCB Asal = RM 100.00
Potongan Zakat = RM 50.00
PCB Bulan Januari = RM 50.00
( RM 100.00 – RM 50.00 )

Contoh 1 : Gaji Bulan Januari 2004

Potongan PCB Asal = RM 50.00
Potongan Zakat = RM 50.00
PCB Bulan Januari = Tiada
( RM 50.00 – RM 50.00 )


Kod Potongan

Kod Potongan zakat melalui potongan gaji oleh pegawai/kakitangan negeri Johor telah dipersetujui oleh Bendahari Negeri Johor dan Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Bagi Badan Berkanun atau Swasta, kod potongan adalah ditentukan oleh majikan.

Jabatan
Kod Potongan
Persekutuan
4380
Negeri Johor
2509
Badan Berkanun/Swasta
Ditentukan oleh Majikan

Kaedah Pembayaran Zakat Melalui Potongan Gaji
Pembayaran zakat melalui potongan gaji ini HANYA diurus oleh Pentadbiran Zakat Dan Fitrah di Ibu Pejabat Majlis Agama Islam Negeri Johor. Borang Pembayaran Zakat Melalui Potongan Gaji Format B boleh didapati di semua Pejabat Agama Daerah di Negeri Johor.

1.1 TINDAKAN PEMBAYAR
i. Pembayar hendaklah mengisi Borang Pembayaran Zakat Melalui Potongan Gaji Format B yang disediakan oleh Pentadbir Zakat dan Fitrah, Majlis Agama Islam Negeri Johor dengan lengkap.

ii. Serahkan borang yang lengkap diisi kepada majikan dan dapatkan persetujuan majikan bagi menggunakan kemudahan ini.

iii. Bagi pembayar yang hendak membuat pembayaran tambahan, pengurangan jumlah potongan atau bertukar majikan, pembayar dikehendaki mengisi borang baru.

1.2 TINDAKAN MAJIKAN
i. Majikan dikehendaki menghantar borang yang telah disahkan ke Majlis Agama Islam Negeri Johor bersama senarai nama pembayar dan cek pembayar atas nama JAWATANKUASA ZAKAT DAN FITRAH JOHOR.

ii. Bagi potongan bulan berikutnya, majikan hanya perlu menghantar senarai nama pembayar beserta nombor kad pengenalan lama dan baru, jumlah potongan zakat dan cek pembayaran.

iii. Majikan hendaklah menghantar segera potongan zakat bagi bulan Disember pada setiap tahun untuk direkodkan sebagai pembayaran tahun semasa. Kelewatan menghantar potongan zakat dalam bulan tersebut menyebabkan potongan tidak dapat dikreditkan pada tahun semasa.

1.3 TINDAKAN MAIJ

i. Majlis Agama Islam Negeri Johor akan mengesahkan terimaan dan mengembalikan semula dua salinan untuk simpanan majikan dan pembayar.

ii. Jumlah potongan zakat akan dikreditkan ke dalam lejar (akaun) pembayar pada setiap bulan.

Resit Bayaran
Slip pembayaran zakat pada setiap bulan hanya dikeluarkan kepada majikan sahaja sementara rekod pembayaran individu akan dikreditkan ke dalam lejar (akaun) pembayar.

 

Penyata Pembayaran Tahunan
3.1 Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah memberikan kebenaran menggunakan Penyata Pembayaran Tahunan yang mana ianya akan digunakan bagi menggantikan resit rasmi bagi rebet cukai setiap individu.

3.2 Penyata Pembayaran Tahunan bagi setiap individu dikeluarkan pada awal tahun berikutnya selepas 12 kali (Jan-Dis) pembayaran diterima.

3.3 Penyata Pembayaran Tahunan hendaklah diserahkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri bersama dengan Borang Taksiran Cukai tahun semasa.

3.4 Sekiranya berlaku pertukaran alamat surat menyurat, pembayar dikehendaki memaklumkan ke Pentadbiran Zakat dan Fitrah, Majlis Agama Islam Negeri Johor dengan mengisi borang kemaskini supaya Penyata Pembayaran Tahunan dapat dihantar ke alamat terbaru.


Panduan SKIM INFAQ

Tindakan
Pembayar
Pekerja melengkapkan borang
Serahkan borang kepada majikan
Tindakan
Majikan
Majikan membuat potongan
Hantar borang, senarai nama pekerja dan cek bayaran ke MAINJ
Tindakan
MAIJ
MAINJ mengeluarkan slip bayaran kepada majikan
MAINJ keluarkan Penyata Pembayaran Tahunan