Home » Wasiat

Wasiat

  1. PENGERTIAN WASIAT DAN DALIL SERTA KADAR WASIAT
    1. Wasiat ertinya iqrar seseorang yang dibuat pada masa hayatnya ke atas hartanya dengan maksud untuk disempurnakan kebajikan yang dibenarkan menurut hukum syarak selepas kematiannya.
    2. Dalil Wasiat sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Nisa’ ayat 11 yang bermaksud : “(Pembahagian faraid itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayar hutangnya”.
    3. Daripada Abdullah bin Umar RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “seseorang Muslim yang mempunyai sesuatu yang hendak diwasiatkan, tidak sepatutnya tidur selama dua malam, melainkan dalam keadaan wasiat telah siap ditulis di sisinya”.
    4. Kadar wasiat yang dibenarkan di sisi syarak adalah tidak melebihi 1/3 bahagian dari harta, walaubagaimanapun wasiat boleh dilaksanakan melebihi kadar 1/3 bahagian dengan syarat bahawa dipersetujui oleh ahli waris yang menerima harta pusaka.
  2. SIAPA YANG PATUT BERWASIAT, HARTA YANG BOLEH DIWASIATKAN DAN KESAN BILA TIDAK BERWASIAT.
    1. Golongan yang perlu berwasiat adalah sebagaimana berikut :
      1. Orang yang mempunyai harta
      2. Orang yang mempunyai anak angkat, anak tiri, anak susuan serta anak yang tidak sah taraf.
      3. Orang yang tiada waris dan kaum kerabat.
      4. Orang yang tidak berkahwin.
      5. Orang yang berhutang.
      6. Golongan Muallaf.
    2. Harta yang boleh diwasiatkan adalah sebagaimana berikut :
      1. Semua harta alih seperti wang tunai, kenderaan, barang kemas, saham, wang simpanan, hutang dan sebagainya yang diiktiraf oleh syarak.
      2. Semua harta tidak alih seperti bangunan rumah, rumah kedai, tanah pertanian atau industri dan sebagainya yang diiktiraf pemilikannya oleh syarak.
    3. Kesan bila tidak berwasiat:
      1. Harta pusaka tidak diurus dengan segera kerana tidak lantik wasi (pentadbir)
      2. Tidak sempat memberikan harta kepada orang yang disayangi.
      3. Kerugian kerana tidak sempat menginfaqkan sebahagian harta selepas mati (wakaf / sedekah)
      4. Hutang yang tertanggung tidak dilunaskan oleh waris kepada pihak tertentu.
      5. Boleh menyebabkan pergeseran dalam keluarga disebabkan berlakunya salah faham antara waris dalam mengurus harta pusaka.
  1. SALURAN BERWASIAT DI MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR.
    1. Masyarakat Islam di Negeri Johor kini boleh berwasiat di Pejabat Majlis Agama Islam Negeri Johor di seluruh Negeri Johor atau hubungi 07-2222113 / 07-2222114 bagi keterangan lanjut.