MAKSUD WAKAF

Dari sudut bahasa :

Al-Waqf (اَلْوَقْفُ) bermaksud harta yang diwakafkan
Al-Habs ( اَلْحَبْس ُ  ) bermakna harta itu ditahan
Al-Mana’( اَلْمَنْعُ  ) bermaksud dihalang

Dari segi syarak :
Wakaf bermaksud seseorang yang menyerahkan hak miliknya ( harta yang boleh digunakan tanpa susut fizikalnya ) kepada pengguna wakaf tersebut dari mula harta diwakafkan hingga ke akhirnya semata-mata kerana Allah S.W.T. Ianya tidak boleh diambil kembali atau dimiliki oleh mana-mana individu.

Wakaf terbahagi kepada 2 iaitu:

i) Wakaf Ahli (wakaf keluarga)
wakaf ini dikhususkan manfaatnya kepada ahli keluarga yang telah ditentukan oleh pewakaf.

ii) Wakaf Khairi (Wakaf Kebajikan)

Wakaf ini terbahagi kepada wakaf am dan wakaf khas.

Wakaf am bermaksud  sesuatu wakaf yang diwujudkan oleh pewakaf bagi tujuan manfaat umum mengikut hukum syarak seperti untuk kemudahan atau pembangunan ekonomi umat Islam menerusi pelbagai aktiviti yang dijalankan dengan berasaskan hokum syarak.

Wakaf khas pula bermaksud  wakaf yang diwujudkan oleh pewakaf bagi tujuan manfaat tertentu umat islam mengikut hokum syarak seperti mewakafkan tanah untuk tujuan masjid, surau, sekolah agama, perkuburan islam dan lain-lain yang dikhususkan oleh pewakaf.


RUKUN WAKAF

  1. Orang yang mewakafkan. (الْوَاقِفُ)
  2. Pihak yang menerima wakaf. (الْمَوْقُوْفُ عَلَيْهِ)
  3. Benda yang diwakafkan.  (المَوْقُوْفُ)
  4. Suratan yang berkenaan dengan wakaf termasuk wasiat (juga dikenali dengan sighah wakaf. (حُجَّة)