Visi
Ke Arah Pembentukan Mukmin Sejahtera

Misi
Memperkasa asnaf zakat ke arah pemikiran yang berdaya maju dan produktif serta melahirkan insan yang mampu membentuk sosial ummah.

Tujuan 

  • Pembasmian kemiskinan
  • Tertumpu kepada pembangunan sosio-ekonomi asnaf penerima bantuan
  • Bertanggungjawab melaksanakan program-program seperti kursus, latihan, kemahiran, bengkel, motivasi dan berdikari.
  • Dilaksanakan sepanjang tahun mengikut masa yang sesuai
  • Program ini bertujuan agar dapat membantu asnaf-asnaf yang berdaftar dibawah maij dapat berdikari dan terkeluar daripada kepompong kemiskinan
  • Membuat pemantauan berkala kepada setiap penerima bantuan setiap 6 bulan bagi mengenalpasti penggunaan peralatan atau modal yang diberi seterusnya memantau kemajuan asnaf.

Objektif

  • Menaik taraf golongan ini kepada golongan yang terbela dan dari golongan penerima zakat kepada pembayar zakat
  • Memberi penjelasan dan kesedaran kepada bantuan zakat berkenaan tujuan bantuan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan
  • Mengenal pasti potensi asnaf yang produktif kepada yang lebih baik
  • Memastikan golongan asnaf yang menerima zakat bersama-sama bekerjasama dalam pembangunan insan
  • Membuka minda dan memberi semangat kepada penerima bantuan untuk berusaha meningkatkan ekonomi keluarga dan berdikari tanpa bergantung semata-mata kepada bantuan
  • Memberi maklumat berkenaan peluang yang boleh diperolehi daripada jabatan-jabatan lain untuk meningkatkan pendapatan.

 Fungsi Unit

  • Memproses permohonan bantuan berdikari
    • Bantuan modal
    • Bantuan peralatan
  • Memantau perjalanan aktiviti asnaf berdikari setiap 6 bulan
  • Merancang kursus-kursus kemahiran untuk penerima bantuan mainj
  • Merancang kursus motivasi asnaf dan anak-anak asnaf
  • Meningkatkan taraf dan produktiviti asnaf fakir miskin

 Aktiviti

  • Tunas asnaf
  • Jana asnaf niaga
  • Jana asnaf chef
  • Jana asnaf menjahit
  • Jana asnaf nelayan
  • Jana asnaf tani
  • Jana asnaf kraf

Pusat Kemahiran Asnaf

pusat kemahiran asnaf zakat, MAIJ
Bangunan Pusat Kemahiran Asnaf Zakat, MAIJ
Danga Bay, Jalan Skudai, Johor Bahru
  • Pusat Kemahiran Asnaf MAINJ telah dirasmikan pada 5 Julai 2013 oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ di Teluk Danga.
  • Pusat Kemahiran ini mempunyai 3 aras. Aras pertama adalah kaunter,dewan makan, musolla dan stor. Aras kedua adalah dewan kuliah dan juga bilik jahitan. Aras ketiga adalah bilik masakan.
  • Program kemahiran ini akan dijalankan setiap hari selasa hingga khamis pada setiap minggu. Program utama yang dijalankan adalah kemahiran jahitan dan masakan.
  • Melibatkan 10 daerah dimana :
    • Minggu pertama – johor bahru & batu pahat
    • Minggu kedua – pontian, mersing & kulai
    • Minggu ketiga – segamat, kluang & muar
    • Minggu keempat – kota tinggi & ledang
  • Program jahitan adalah seperti berikut :
    • Menjahit baju kurung & baju melayu
    • Menjahit Sulaman manik
    • Menjahit Baju korporat
    • Menjahit Telekung
    • Menjahit Langsir
    • Menjahit Tudung
  • Program masakan adalah seperti berikut :
    • Membuat Roti & Pastri
    • Masakan western food
    • Membuat coklat
    • Membuat kuih & biskut
    • Membuat kek & cup cake
    • Masakan orang kahwin
  • Kapasiti peserta setiap program adalah seramai 20 orang.
  • Selain itu, program-program lain juga akan diadakan seperti :
    • Program Tunas asnaf
    • Program Halatuju Pelajar lepasan SPM
    • Program Motivasi Sahsiah, Keusahawanan, komputer dll.
  • Setiap program tersebut diadakan di Dewan Kuliah yang boleh memuatkan kapasiti sehingga 50 orang peserta.
  • Sekiranya ada tempahan untuk menjahit baju sekolah, pakaian korporat atau tempahan makanan, tempahan tersebut akan dijahit/dimasak oleh peserta asnaf mahir.
  • Pada hari jumaat hingga ahad, Pusat kemahiran Asnaf tersebut boleh disewakan kepada agensi kerajaan, swasta dan orang luar mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.