Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Sukacita dimaklumkan bahawa, Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Johor Tahun 1433H/2012 akan diadakan sebagaimana maklumat berikut: Tarikh: 5 Februari 2012 bersamaan 12 Rabiul Awal 1433H ( Ahad ) Tempat: Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Muar Masa: Jam 7.00 Pagi   

50 murid kurang berkemampuan terima basikal

JOHOR BAHRU 21 Jan. – Atas dasar keprihatinan, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) tampil menyumbangkan sebanyak 50 buah basikal bagi kegunaan murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mutiara di sini untuk berulang-alik ke sekolah mereka. Guru Besar sekolah berkenaan, Siti Latifah Adnan berkata, di samping penyerahan bantuan kepada murid-murid kurang berkemampuan dan anak yatim, turut diadakan serahan set pakaian sekolah kepada
Read more…

Johor bina 96 sekolah agama

JOHOR BAHRU 20 Jan. – Kerajaan negeri akan membangunkan 96 sekolah agama dengan kos dianggarkan RM224 juta dalam tempoh dua tahun. Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, semua sekolah tersebut yang dijadualkan siap Mac 2013 akan dibina dalam empat fasa, dengan fasa pertama melibatkan pembinaan 25 sekolah. Menurutnya, enam daripada 25 sekolah tersebut dijangka siap Mac ini,
Read more…

Petikan Akhbar

Bajet tambahan 12 peratus KLUANG – Sektor pendidikan agama menerima peruntukan tambahan sebanyak 12 peratus daripada Kerajaan Negeri pada tahun ini khusus untuk menggandakan lagi aktiviti-aktiviti keagamaan. Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, sebelum bajet tambahan ter­­sebut dimaklumkan, Kerajaan Ne­geri telah memperuntukkan bajet sebanyak RM180 juta pada 2011 khusus untuk pengurusan pendidi­kan agama. “Walau bagaimanapun, untuk portfolio
Read more…

Petikan Akhbar:

14,000 belum tunai zakat JOHOR BAHRU: Seramai 14,000 kakitangan awam layak dan wajib membayar zakat bagi memenuhi tuntutan agama menunaikan Rukun Islam ketiga tidak berbuat demikian. Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) mendapati hanya 2,000 daripada keseluruhan 26,000 kakitangan awam di negeri ini sedar mengenai kepentingan dan kewajipan membayar zakat. Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Datuk Zainal Abidin Osman, berkata pihaknya akan
Read more…