Info Penerima bantuan sara hidup MAIJ

posted in: Asnaf, Bantuan, Zakat | 0

penerima_sarahidup_maij

Bantuan sara hidup adalah bantuan yang diberi pada setiap bulan dalam bentuk wang tunai. Wang akan di kreditkan terus kedalam akaun penerima (asnaf).

Bantuan ini bertujuan bagi mengurangkan beban asnaf FAKIR & MISKIN. Diantara kelayakan adalah :

1. Hilang upaya untuk bekerja
2. Ramai tanggungan yang bersekolah
3. tangungan ibu/bapa atau anak yang sakit
4. Tidak mempunyai waris/waris tidak mampu membantu
5. Pendapatan dibawah garis kemiskinan (had kifayah)

Pada tahun 2020 MAINJ memperuntukan sejumlah RM72.5 juta dengan bilangan penerima seramai 16,767 asnaf di seluruh negeri Johor.

Sungguh ZAKAT anda membantu kelangsungan hidup mereka.

-TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT-

 

Layari dan ikuti laman Facebook MAIJ