Info Bantuan perubatan (DIALISIS)

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Bantuan perubatan (DIALISIS) adalah bantuan yang diberi pada setiap bulan dan dibayar terus ke pusat rawatan.

Bantuan ini bertujuan bagi mengurangkan beban asnaf FAKIR & MISKIN. Diantara kelayakan adalah :

1. Pendapatan dibawah garis kemiskinan. (had kifayah)
2. Tidak mempunyai/mendapat kelayakan tajaan dari agensi lain seperti SOCSO/JPA dan lain-lain.
3. Mengemukakan laporan perubatan dari hospital kerajaan.
4. Mengemukakan sebut harga dari pusat rawatan dialisis yang diiktiraf oleh KKM.

Pada tahun 2020 MAINJ memperuntukan sejumlah RM53 juta dengan bilangan penerima seramai 2,931 asnaf di seluruh negeri Johor.

Sungguh ZAKAT anda membantu kelangsungan hidup mereka.

-TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT-

Layari dan ikuti laman Facebook MAIJ