UMUR 17 TAHUN MENYARA 2 ORANG ADIK

posted in: Bantuan | 0

Alhamdullilah lawatan hari ini membawa pihak MAINJ ke sebuah rumah yang dihuni oleh 3 orang beradik, ketua isi rumah ini adalah seorang perempuan berusia 18 tahun yang baru sahaja menerima keputusan SPM, beliau berjaya untuk menyambung pengajian tetapi memikirkan keperluan adik beradik yang berada dibawah tanggunganya menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk bekerja sebagai seorang cashier disalah sebuah pasaraya yang berdekatan dengan rumahnya.
ayah telah meninggal yang merupakan penerima bantuan MAINJ sejak dari 2014. Ibunya adalah warga negara Indonesia. Beliau mempunyai kad pengenalan diri, namun agak menyukarkan kerana 2 orang adiknya tidak berjaya untuk mendapat kewarganegaraan kerana mungkin ketika melahirkan ibunya gagal untuk mengemukakan sijil perkahwinan.

Diatas keperihatinan ahli qaryah taman, Jawatankuasa masjid, jiran-jiran yang mengambil berat keluarga ini tidak disampingkan dalam kalangan masyarakat. Pihak jawatankuasa masjid telah lama mengambil inisiatif membantu dengan memberikan barang keperluan makanan dan anak anak ini turut beruntung kerana ada dari kalangan jiran yang sangat perihatin dan mengambil berat terhadap mereka.

Dalam lawatan ini, MAINJ Daerah Johor Bahru, bersama JKM, Yayasan Majlis pembandaran, Pejabat Pendidikan Daerah, Pengerusi dan JKK Masjid kariah melihat keperluan sewajarnya yang akan diberikan kepada keluarga ini. Untuk makluman, sebelum ayahnya meninggal dunia, ayahnya merupakan penerima bantuan dari MAINJ berjumlah RM 350 sebulan, namun pihak pihak MAINJ tidak dapat menyambung bantuan kepada anaknya kerana tiada susulan dari ahli keluarga. Namun setelah lawatan ini, bantuan akan diberikan adalah berjumlah RM 500 sebulan dan bantuan turut dibantu dengan agensi-agensi yang lain.

Terima kasih kepada seluruh masyarakat yang menjadi mata telinga kepada agensi pemberi bantuan untuk memaklumkan kepada kami.

Kami mendoakan agar adik ini Allah ﷻ berikan kekuatan dan Allah ﷻ berikan masa depan yang baik dan cemerlang

آَمِيـٍـِنْ آَمِيـٍـِنْ يَآ رَبَّ آلٌعَآلَمِِيِنْ

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT

Layari dan ikuti laman Facebook MAIJ