Majlis Penyerahan Fidyah Kepada Anak-Anak Yatim Fakir/Miskin Dalam Jagaan Keluarga Di Negeri Johor

posted in: Baitulmal, Bantuan | 0

Seramai 4,763 anak-anak yatim di seluruh negeri Johor di bawah jagaan keluarga akan menerima wang tunai sebanyak RM100.00 setiap seorang.

Simbolik penyerahan disempurnakan oleh Y.B Tuan Haji Tosrin bin Jarvanthi Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor di Senai, hari ini.

Seramai 44 orang anak yatim menerima sumbangan RM100 dan 22 keluarga menerima makanan keperluan asas pada majlis tersebut.

Hadir sama, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Y.B Dato’ (dr.) Haji Nooh Gadot, Ahli Majlis Agama Islam Negeri Johor, Y.B Dato’ Haji M. Tahrir Kiai Dato’ Samsudin, Mufti Johor, SS Y.B Dato’ Haji Yahya Ahmad.

Turut menyerikan majlis degan kehadiran Pegawai Daerah Kulai, Tuan Haji Mohd. Radzi bin Mohd. Amin, Kadi Daerah Kulai As-Sheikh Amir bin Md Nor dan Amin Baitulmal MAINJ Kulai, As-Sheikh Tuan Luqmanul Hakim Ab. Rahman.

Keseluruhan agihan fidyah adalah sebanyak RM476,300. Semoga sedikit sebanyak meringankan beban serta memberi kegembiraan kepada mereka semua.