Dermasiswa Pelajar

posted in: Bantuan | 0

Seramai 92 pelajar Johor dalam bidang Pengajian Islam di Universiti negara Mesir hadir secara berperingkat bagi menandatangani perjanjian terimaan dermasiswa Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) di sini, hari ini.

Bagi negara Mesir setiap pelajar akan menerima RM6,000.00 setahun manakala RM8,000.00 bagi negara Jordan.

Pada tahun 2020 MAINJ memperuntukan sebanyak RM1,800,000.00 bagi tujuan tersebut.

Semoga dengan bantuan ini sedikit sebanyak meringankan beban keluarga & sama-sama kita doakan agar dipermudahkan semua urusan pelajar-pelajar di dalam setiap bidang yang diceburi amin Ya Rab.