Kursus Forensik Perniagaan Usahawan Asnaf

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ), dibawah Unit Pembangunan Asnaf telah menganjurkan satu Kursus Forensik Perniagaan Usahawan Asnaf.

Bertempat di Pusat Minda Emas UTHM (PuMAS), seramai 40 peseta telah diberi kursus selama 3 hari. Antara pengisian kursus ini, peserta di beri pendedahan tentang teknik pengurusan kewangan dan pemasaran yang baik dan berkesan.

Setiap peserta dalam kursus ini juga di nilai perniagaan yang mereka jalankan untuk mengenalpasti apa yang mereka perlukan dalam memaju dan menembangkan perniagaan.

Hadir sama, Amin Baitulmal Daerah Batu Pahat, As-Syeikh Ustaz Mohd Siddik bin Maidin Kutih, Penolong Pengarah Pembangunan Asnaf , Ustaz Mohd Nazarul bin Zakaria dan Pengarah Urusan Kumpulan Recana Padu, Dato’ Mohd Razi bin Haji Idris.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT