Luluh hati tidak terkata.

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Itulah gambaran keadaan Cik Assira binti Aman saat menerima makluman daripada jirannya bahawa rumahnya sedang dimamah api yang semakin marak. Beliau yang sedang berurusan di luar bergegas pulang ke rumahnya yang terletak berhampiran dengan bandar Endau, Mersing dan mendapati hampir kesemua mesin dan peralatan kayu yang beliau usahakan sejak tiga lalu telah musnah dalam kebakaran tersebut.

Sehubungan dengan itu, Majlis Agama Islam Negeri Johor Daerah Mersing menziarahi serta menyampaikan sumbangan kepada beliau bagi meringankan beban yang ditanggung.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT