Bantuan baik pulih rumah

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Alhamdullilah pihak MAINJ telah memperuntukan RM15,000 untuk encik Mohd Adam dan pasanganya bagi tujuan baik pulih rumah.

Bantuan ini yang disalurkan terus kepada JPKK (Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan Kampung) Kampung Sungai Plentong dengan pemantauan di bawah Ketua Kampung dilakukan secara gotong-royong bersama penduduk setempat.

Berapa agensi dan NGO turut serta menyumbang tenaga bagi merialisasikan program tersebut.

Semoga kediaman yang bakal diduduki selepas ini lebih selesa buat encik Adam dan pasangan.

Semasa program dijalankan, encik Mohd Adam sedang mendapatkan rawatan dihospital.

Didoakan encik Adam Diberikan kesembuhan dan kesihatan oleh Allah ﷻ

آَمِيـٍـِنْ آَمِيـٍـِنْ يَآ رَبَّ آلٌعَآلَمِِيِنْ

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT