Terlantar dan menumpang di dewan orang ramai akibat rumah dilanda ribut

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Lawatan petang semalam membawa kami ke mutiara rini Johor Bahru untuk membantu encik Abdul Aziz yang terlantar.

Encik Abdul Aziz merupakan pesara tentera dari kem PULADA Kota Tinggi dan merupakan tenaga pelatih di kem tersebut. Walaupun mempunyai pencen, namun nilai pencen tidak mencukupi untuk menampung kos sewa beli rumah, sara hidup & perubatan diri dan pasanganya. Pasanganya tidak berkerja dan hanya menumpahkan masa sepenuhnya untuk menjaga encik Abdul Aziz.

Akibat dari sakit yang ditanggungi encik Aziz dan pasangan tidak mampu untuk turun dan naik di rumah sendiri di tingkat lima, akibat kekerapan berulang alik ke hospital menyebabkan beliau dan isteri menjadikan pondok kecil untuk tempat berteduh.

Pihak MAINJ melawat encik Aziz dan isteri bagi melihat keperluan mereka, kini encik Aziz menumpang di dewan orang ramai sebelum berpindah ke tingkat 2 (perumahan yang sama)
untuk memudahkan urusan beliau dan isteri.

Dalam lawatan ini, pihak MAINJ menghulurkan bantuan tunai kewangan & cadangan perubatan bulanan bagi menampung kos rawatan seperti, pempers, susu, dan kos kos perubatan yang lain.

Didoakan encik aziz dan pasangan diberikan keafiyatan oleh Allah ﷻ, dimudahkan urusan, diberi kekuatan.

آَمِيـٍـِنْ آَمِيـٍـِنْ يَآ رَبَّ آلٌعَآلَمِِيِنْ

-TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT-