Gembira menerima kediaman baru

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dengan kerjasama beberapa NGO melaksanakan program gotong-royong pindah kediaman keluarga Ab Manaf Hasan hari ini di Kempas, Johor Bahru.

MAINJ menjelaskan deposit menduduki kediaman kepada pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (Perumahan) sebanyak RM1,207 dan turut menyediakan beberapa barang keperluan rumah seperti:

1. Katil kelamin berserta tilam – 1 set
2. Tilam bujang – 2 set
3. Mesin basuh separa automatik (semiAuto) – 1 set
4. Almari baju dua pintu -2 set
5. Rak pinggan mangkuk- 1 set
6. Penyidai sejadah – 1 set

Pihak NGO juga membantu dari segi keperluan:

1. Mengecat
2. Pendawaian elektrik
3. Peti sejuk
4. Tikar getah
5. Lampu dan kipas

Sebelumnya, beliau menetap di rumah tumpang bertanah setinggan yang mempuyai satu bilik sahaja.

Kelangsungan hidup yang getir kerana beliau tidak bekerja berikutan mengalami masalah kehilangan penglihatan serta isteri mempunyai kencing manis dan perlu menjalani rawatan dialisis di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Mempunyai empat orang anak, yang mana dua daripadanya sudah bekerja, iaitu di Pizza Hut dan seorang lagi sebagai pengawal keselamatan. Seorang lagi anak pula mempunyai masalah mental dan seorang lagi baharu meninggal dunia.

-TERIMA KASIH, PEMBAYAR ZAKAT-

Imej mungkin mengandungi: satu orang atau lebih dan orang berdiri