Program Khidmat Masyarakat Insaniah Pusara

posted in: Aktiviti, Baitulmal, Wakaf | 0

MUAR: Program Khidmat Masyarakat Insaniah Pusara anjuran Majlis Agama Islam Johor Daerah Muar dilaksanakan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Mor, Parit Jawa, di sini, hari ini.

Seramai 150 orang perserta terlibat sama, dengan kerjasama Penghulu Mukim Parit Jawa, Ketua-Ketua Kampung, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Qariah Masjid Al-ehsan, Parit Jawa, Rakan Muda dan KRT Parit Nipah, pelajar Skill College Industrial, SWCorp, Penggerak Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (YPKDT) Muar, Bahagian Wakaf MAINJ serta masyarakat setempat.

Program disempurnakan oleh, Ketua Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan MAINJ, Tuan Khirul Nizam Md. Said.
Antara pengisian program, dimulakan dengan bacaan tahlil ringkas dan seterusnya gotong-royong tanah perkuburan meliputi pembersihan, menebang pokok yang telah rosak atau mati dan mengecat kepok kubur.

Hadir sama, Penghulu Mukim Parit Jawa, Tuan Mohd Afezan Yahya, Pengerusi Masjid Parit Jawa, Professor Tuan Haji Sapon Bin Ibrahim, Ketua Stesen RISDA Parit Jawa , Tuan Mohd Rizal Maan dan Amin Baitulmal MAINJ Daerah-Daerah.
Turut diagih bantuan tunai dan barangan fidyah Kepada 10 penerima dikalangan fakir dan miskin.

-Saham Wakaf Johor, Saham Akhirat Anda-