Sesi temuduga dermasiswa dan pinjaman qard hassan pelajaran MAINJ tahun 2019/2020

posted in: Bantuan | 0

Sesi temuduga dermasiswa dan pinjaman qard hassan pelajaran MAINJ tahun 2019/2020 kepada pelajar Johor di Negara Mesir berlangsung semalam.
Melibatkan seramai 30 orang pelajar, iaitu 27 pelajar dari jurusan pengajian islam dan tiga pelajar dalam jurusan perubatan.
Temuduga diadakan pada jam 9.00 pagi (waktu Mesir) di Bilik Pusat Sumber, Wisma Melaka Mesir.
Panel 1:
Ustaz Abdul Hadi Ab Razak
Wakil dari kedutaan Besar Mesir.
Panel 2:
Encik Aizal Anual
Menteri Penasihat(EME)
Panel 3:
Ustaz Haji Masykuri Khamid
Atase Pendidikan Melaka Mesir
Pemangku Atase Pendidikan Johor

Turut serta secara atas talian ustaz Musa Omar Atase Pendidikan Johor.
Dermasiswa bagi pelajar Mesir adalah RM6,000 setahun dan pinjaman qard hassan antara RM20,000 hingga RM30,000 setahun.
Semoga dipermudah urusan pelajaran anak-anak kita di sana, amin Ya Rab.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT