TEMUDUGA PELAJAR YANG AKAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE UNIVERSITI TIMUR TENGAH (JORDAN)

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Seramai lima pelajar hadir bagi sesi temuduga harini, mereka merupakan pelajar lepasan diploma Kolej Pengajian Tinggi Islam Johor (MARSAH).

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) bersetuju memberi sumbangan tiket penerbangan bernilai RM3,428.00 bagi setiap pelajar beserta kos menjalani ujian swab Covid-19 di negara Jordan sebanyak RM240.00.

InsyaAllah, kesemua pelajar akan berlepas pada 17 November 2020 menaiki penerbangan Qatar Airways.

-TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT-