ZIARAH KASIH TANDA CAKNA TERHADAP GOLONGAN MUALAF

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

KEMPAS: Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Daerah Johor Bahru bersama Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPK) Daerah Johor Bahru menyantuni golongan mualaf di sini, hari ini.

Serahan sumbangan zakat sebanyak RM300 beserta barangan fidyah kepada Puan Fatimah Abdullah di kediamannya di PPR Kempas Permai, Taman Kempas.

Beliau duduk menumpang di sini bersama anaknya berusia 11 bulan yang hanya mendapat belas ihsan dari saudara terdekat.

Hadir menyampaikan sumbangan dan siasatan, Ketua Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan MAINJ, Tuan Khirul Nizam Mat Said, Pegawai Penggerak Wanita YPK Dun Kempas, Puan Rozita Muhamad Sanusi, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam MAINJ Daerah Johor Bahru, Encik Muhammad Ilham Abdul Hisam.

-Zakat anda membantu kelangsungan harian mereka, Terima kasih pembayar zakat-