Sumbangan perubatan

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

PENIAGA ROTI BUN SEKITAR DAERAH BATU PAHAT

Encik Omar Sahat diserang sakit jantung akibat saluran tersumbat serta faktor keturunan sejak Mei 2019.

Beliau menjalani pembedahan pada Oktober 2020 di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan akan menjalani rawatan susulan di Hospital Batu Pahat dalam masa terdekat.

Beliau mempunyai enam orang anak yang masih dibawah tanggungan.

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menyampaikan sumbangan tunai dan dipertimbang bagi pembelian:

1.Katil khas
2 Mesin sedut kahak
3.Mesin oksigen dan
4.Kerusi roda

Semoga diberi kesembuhan segera buat beliau, amin Ya Rab.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT