Menyantuni Asnaf

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Santuni Puan Kamariah Khalid , 58, seorang ibu tunggal dan mempunyai lima orang anak yang menetap di Kampung Sungai Danga Perling, Johor Bahru.

Beliau memperoleh pendapatan sebagai tukang urut dengan purata pendapatan RM400.00 sebulan, itupun bergantung kepada permintaan.

Jiran dan Ahli Jawatankuasa Surau sering membantu bagi keperluan makan dan minum.

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menyampaikan sumbangan wang tunai dan pertimbang bantuan tunai secara bulanan kepada beliau.

Semoga dipermudah urusan beliau serta anak-anak, amin Ya Rab.

Turut hadir bersama Encik Redzuan bin Abdul Rashid Penolong Pengarah Pentadbiran Mainj.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT