Tular di media sosial sebelum ini

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Kunjungan ke kediaman Encik Abdul Wahid Abdul Rahman, 54, menetap di rumah pusaka peninggalan bapanya, di Felda Sungai Mas, Kota Tinggi, baru-baru ini.

Beliau memperoleh pendapatan RM84.00 seminggu dengan bekerja di pusat cucian kenderaan, selain itu beliau menerima elaun peneroka dengan anggaran RM500 sebulan hasil peninggalan arwah bapanya selepas dibahagi bersama enam orang adik beradik.

Isteri beliau merupakan suri rumah tangga sepenuh masa. Beliau mempunyai sembilan orang anak dan seorang telah meninggal dunia.

Anak pertama bekerja sebagai pembantu kedai dan selebihnya masih di bawah tanggungan beliau.

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menyampaikan sumbangan tunai RM500.00 beserta makanan keperluan asas serta pertimbangan bagi bantuan sara hidup secara bulanan.

Turut hadir bersama, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Daerah Kota Tinggi , Amil Agihan Zakat, Ketua Blok, Ketua Felda dan Sri Kandi.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT