TULAR MOTOSIKAL DITUNGGANG INDIVIDU DARI PERKAMPUNGAN ORANG ASLI KUALA MASAI TERBAKAR

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) menziarahi Encik Amran Ronggi, 29, dikediamanya di Kampung Kuala Masai, Pasir gudang, baru-baru ini.

Beliau seorang nelayan yang meraih pendapatan sekitar RM700-RM900 sebulan bergantung kepada cuaca.

Mempunyai tiga orang anak yang berusia tujuh, lapan dan sembilan tahun.

Bantuan diterima:

1. Rumah PPRT JAKOA.
2. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM400 sebulan.
3. Sumbangan bakul makanan dan keperluan lain bernilai RM150 dan RM250 oleh Pejabat Daerah Johor Bahru.
4. Bantuan bakul makanan RM200 oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor.
5. Bakul makanan RM150 oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Pihak JAINJ dan JAKOA bekerjasama menyampaikan bantuan dari segi keperluan makanan, susu, pampers dan wang tunai.

JAINJ juga membantu bagi mengangkat dan membawa pulang motosikal yang terbakar di lokasi kejadian atas arahan pihak berwajib untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.