RIBUT: 22 Buah Rumah Alami Kerosakkan

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Amin Baitulmal Daerah Batu Pahat, Ustaz Sidek Maidin Kutih, ziarah serta menyerahkan sumbangan tunai kepada 22 pemilik rumah yang dipukul ribut di sekitar Taman Megah, Batu Pahat.

Sumbangan tunai sehingga RM700 dihulur berdasarkan kerosakkan pada rumah mangsa ribut.

Turut membantu urusan dan menyerahkan bantuan pihak JKM, PDRM, Pusat Khidmat Wakil Rakyat dan Pengerusi KRT.

Semoga sumbangan yang diberi sedikit sebanyak meringankan beban meraka.

-TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT-